Endorsement on Dresscode for Instedians

SALAM. attention to all instedian,this in the new endorsement on Instedian’s dress code.

**NAMETAG SHOULD BE WEAR EVERYDAY**

Monday

brothers

wear shirt, tie, slack, and dark shoes

sisters

wear plain scarf (no Ariani/ shawl) , baju kurung , and shoes (no sandals)

Tuesday

brothers

shirt / collar T-shirt (tight in), slack , dark shoes

sisters

cover aurah

Wednesday

brothers & sisters

Uniform body (if any)

Thursday

brothers and sisters

batik garment

Friday

brothers

Baju melayu, sampin, and dark shoes

sisters

cover aurah

thank you.

Advertisements

MAKLUMAN TERKINI BEDSA

PENERANGAN ISU PENEMPATAN GURU DAN BIASISWA

(KONVENSYEN MAHASISWA PENDIDIK)

TARIKH: 03/11/2011

MASA: 12.50PM

TEMPAT: EDU FOYER

*Kepada semua bakal pendidik dijemput hadir…

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) : Selamatkan Akidah

BEDSA TURUT SAMA MENJADI SALAH SATU ORGANISASI YANG BEKERJA DI BAWAH SEKRETARIAT HIMPUN UIAM, OLEH ITU  KAMI AKAN MENYEDIAKAN PENGANGKUTAN KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR  KULLIYAH EDUCATION YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PERHIMPUNAN ‘HIMPUNAN SEJUTA UMAT’. SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENULIS NAMA DI PAPAN KENYATAAN.

 

aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang penantian menunggu ketibaan Himpunan ini ialah :

 

1 ) booth pendaftaran HIMPUN 

–  19 -21 / oktober /2011  – rabu hingga jumaat

 

ADA PAMERAN BAHAYA KRISTIANISASI DAN ANCAMAN MURTAD..

* starpoint dan Pengangkutan ke Stadium Melawati Shah Alam disediakan. Daftar Segera!

2) speakers Corner 

–  20/10/11    – khamis – 12.30 tengahari

3) tazkirah @ masjid – 21/ 10/ 11  – jumaat

-sebelum solat jumaat : tajuk ” Peranan Umat Islam dalam Mempertahankan akidah”

-selepas solat maghrib : tajuk ” Gerakan Kristianisasi Kampus ”

 

4) Forum Lorong Tengah
– 21/ 10/11  – Jumaat – 9 malam
tajuk : ” selamatkan Akidah Umat Islam”
Tempat : Mini Auditorium
5) Konvoi ke Mahallah-Mahallah untuk mengedaarkan risalah berkenaan Himpun :
-jumaat 21/10 /2011
-berkumpul Di convest Hill
________________________________________________________


apa yang anda perlu tahu berkenaan pentingnya HIMPUN?

Sidang media ini diadakan untuk mengishtiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besaran yang dinamakan  Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari sabtu 22hb Oktober ini bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episode hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggesif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi dalam kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menagnjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara ternuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam desebabkan pelbagai faktor termasuk sentiment politik dan puak. Ini mewujudkan  suasana yang memungkinkan terhakisnya banteng pertahanan akidah umat, sama ada dalam bentuk institusi –institusi agama, uasaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentenag cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi satu bukti yang jelas bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latar belakang untuk mempertahankan akidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis banteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegas dan mendokong Istitusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga diadakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan akidah umat Islam di negara ini.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang  negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak menggangu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain Islam kepada orang Islam.

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr.Yusri bin Dato’ Hj.Mohamad (mewakili pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam(PEMBELA)). Manakala Sdr.Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai setiausaha.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapn-ucapan  wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-Raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut  mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-institusi  pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, jemaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang diatas, kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang syanagkan akidahnyadan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah IIlahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu banteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.

Yang benar.

Tn.Hj Mohd.Azmi bin Abdul Hamib & HIMPUN


Angry bird key-chain

Angry bird key-chain

RM4.00 only!

if interested to buy, do come to OR bedsa or contact :

adli : 013-6640594

zuraidah : 013-2041207

to see more pictures??

visit bedsa facebook :

angry bird key-chain album

sabar seorang guru

artikel disediakan oleh ,

fathiahtul mardhiah bt moktar – ISED

Nor sya’wana iryani bt ismail – TAASL

sub-com Bereau of Da’wah and Spirituality

_______________________________________________________

Sabar…

satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya ‘memandu’ tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang. Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati. Mungkin ramai yang menganggap profesion sebagai guru adalah mudah. Realitinya, setiap yang bernama guru itu pasti tidak akan terlepas dari menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah berkaitan pelajar-pelajar.

Dewasa ini sering kita lihat di dada akhbar tentang segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik mereka di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.

Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan dengan masalah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Ma’aarij: ayat 5)

Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada kita panduan yang perlu dijadikan sebagai amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kecil di dalam masjid.

Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!”

Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.”

Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kecilnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya:

“Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kecil atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.”

Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu membuang air kecil. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan.

Dalam situasi tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW telah mempamerkan sikap baginda yang berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan. Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh yang seharusnya diaplikasikan oleh setiap yang bergelar guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar para pendidik supaya perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul sebagai seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya dalam mendidik.

Selain itu, guru juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang. Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW ada mengatakan: “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Padahal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apa pun di tanah itu.

Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikit pun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menggambarkan perbezaan manusia, begitu juga pelajar yang mempunyai aneka ragam baik dari segi pemahaman dan mengingati pengajaran guru. Rasulullah SAW juga ada menerangkan:

“Kami para Nabi diperintahkan untuk mengunjungi rumah orang dan mengajar mereka sesuai dengan kemampuan mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud )

Hadis di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat dari pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya taakulan seseorang pelajar. Gabungan ilmu pengetahuan itu akan membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat anak didiknya mengikuti isi pengajaran. Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama renungi kata-kata Rasulullah saw ini:

“ Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

THE KICK START!

Assalamualaikum w.b.t.

Praise be to Allah we are still given the chance to jump about and stroll around here in IIUM. First and foremost I would like to wish all of our fellow INSTEDIANS a warm welcome to the Institute of Education for a fresh semester.

To the new students who just registered recently, I hope everyone has already taken the time to get comfortable with the usual stuff going on around here. Get help from the seniors if you guys ever run into any difficulties.

Daniel Azere B. Azemi Presiden of Bedsa 2011/2012

To the seniors, I hope that the long holiday did not slow you guys down in anticipating new challenges this semester. Time to get that student gear up and running again.

This semester, we from the newly appointed tenure in BEDSA’s EXCO members have planned several activities for INSTEDIANS to get involved with. Therefore as the President, I would kindly advise everyone to always be aware of any posters or announcements that would be posted from time to time.

Furthermore as EXCO members, we are always welcoming our fellow BEDSA members to come up with suggestions or ideas or issues of any kind so that we can improve our community as a whole. Currently we are still looking for students to become the sub-committees under our bureaus, so if any of you are interested please let us know!

As a final note, keep these words to heart:

“The experiences in life are the best teachers. Go out there and have fun.” Bear in mind that Allah is always there to help us, so don’t ever give up. Let the new semester begins with a bang and ends with a smile! Take care.

BEDSA WEBSITE IS IN PROGRESS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

assalamualaikum to all instedian!..welcome to Bedsa iium website. this website is under maintenance. sorry for any inconvenience.

by,
admin
Bereau of Information and Publication (multimedia)